Rabu, 16 Disember 2009

Cepat Dan Pantas


Bagi warga Ipoh yang berada di Kuala Lumpur sudah mampu menarik nafas lega kerana Kementerian Pengangkutan sudahpun menyediakan satu kemudahan awam yang cepat dan pantas dengan menggunakan Set Kereta Api Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur - Ipoh.
Ini adalah satu perkembangan yang baik dalam langkah untuk memastikan lebih ramai rakyat berminat untuk menggunakan kemudahan awam. Dan di masa akan datang kita harap kerajaan akan menyediakan lebih banyak ETS bukan saja untuk perjalanan jarak jauh, tapi juga untuk perjalanan jarak dekat bagi mengurangkan kesesakan lalulintas yang memang kita sedia maklum adalah salah satu masalah yang sukar ditangani pada masa ini.
Jika dilihat dimusim-musim perayaan betapa ramai yang mengeluh dengan kesesakan yang dialami di lebuhraya-lebuhraya. Saya sendiri pernah melihat kesesakan yang begitu luar biasa pada sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu bermula dari simpang UKM Bangi sehingga ke persimpangan tol Nilai, itu yang saya tahu kerana saya cuma dari Nilai, tapi menurut sumber dari kawan-kawan, kesesakan itu lebih jauh sehingga ke Senawang, cuba kita bayangkan betapa tertekannya mereka-mereka yang menghadapinya.
Oleh itu dengan ETS yang serba moden itu dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup di setiap gerabak, soket elektrik selain untuk penumpang kurang upaya (OKU) dan pramugari tren ini dapat mengurangkan kesesakan yang kita semua kerap alami.

Selasa, 15 Disember 2009

Aqilah Najla

Hari Raya 2009

Bunga-Bunga



Video

Cerita Upin dan Ipin Di Hari Raya.

Masukkan Gambar


KL TEKAD TANGANI ISU IKLIM

Malaysia memberi komitmen akan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebagai sumbangan negara bagi menangani masalah pemanasan global.